Assalamualaikum W.b.t dan Salam sejahtera
Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Labuan. Saya berterima kasih kepada tuan/puan di atas kesudian untuk melayari portal rasmi JPS WP Labuan.
Jabatan ini bertanggungjawab untuk memberikan maklumat asas yang perlu agar peranan JPS dapat difahami dan dapat memberi impak yang positif kepada orang awam dan para stakeholders. Di antara fungsi dan peranan JPS WP Labuan adalah:-
a. Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi
b. Pengurusan Lembangan Sungai
c. Pengurusan Zon Pantai
d. Pengurusan Banjir
e. Saliran Mesra Alam
f. Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal
Laman sesawang JPS WP Labuan adalah bertujuan untuk menyediakan maklumat asas tentang peranan dan tanggungjawab serta aktiviti-aktiviti terkini Jabatan. Laman sesawang ini juga adalah sebagai saluran kepada pelanggan-pelanggan, orang awam dan stakeholders untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan maklumbalas mengenai perkhidmatan JPS. Laman web ini mengandungi pelbagai maklumat, aplikasi serta pautan berkaitan fungsi jabatan yang boleh dicapai, dirujuk dan digunapakai oleh semua.
Saya amat berharap agar laman web ini dapat memberikan manafaat kepada anda semua. Pihak kami senantiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas untuk memantapkan lagi perkhidmatan pada masa akan datang.
Selamat melayari laman web JPS WP Labuan.
Sekian, terima kasih.
IR. TS. HAYATI BINTI ZAINAL
Pengarah Pengairan Dan Saliran
Wilayah Persekutuan Labuan