Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi dan mengurus sumber air untuk kelestarian ekonomi, alam sekitar dan kualiti hidup.
Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan:
Memberi maklum balas terhadap sebarang aduan dan pertanyaan awam menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berkenaan dengan masalah sumber air seperti banjir, sungai, pantai dan sistem saliran dalam masa lima belas (15) hari bekerja.
Memberi hebahan ramalan dan amaran banjir monsun seawal dua (2) hari di lembangan sungai yang telah siap model ramalan tertakluk kepada data meteorologi kepada agensi berkaitan bencana banjir.
Memberi ulasan teknikal terhadap permohonan lengkap EIA, pembangunan dan pemajuan tanah, penebus guna tanah untuk sektor perumahan, perindustrian, komersial dan pertanian dalam tempoh satu (1) bulan.
Membekal data dan maklumat hidrologi kurang dari 10 stesen dan 10 tahun kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dengan lengkap dan sempurna seperti berikut ;-
Data Hujan (Rainfall)
Data Paras Air (Water level)
Data Luahan Sungai (Discharge)
Data Lengkung Luahan (Stage-Discharge Curve)
Data Sejatan (Evaporation)
Memastikan ketersediaan capaian portal Jabatan adalah 95%.