PORTAL RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Data dan Maklumat

Secara amnya JPS membekal data seperti data hidrologi, data gis, data lembangan sungai dan data zon pantai.

Secara umumnya permohonan data dan maklumat boleh dibuat secara rasmi kepada Bahagian Korporat bagi tujuan penyelarasan perkongsian maklumat Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Malaysia. Walaubagaimanapun sekiranya pemohon telah mengenalpasti jenis data & maklumat yang dikehendaki, pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui kaedah seperti berikut:-

i.         Bagi data hidrologi yang terkandung di dalam Ordinan Fi (Data Hidrologi) 1966, Akta Fi 1951 (Akta 209), permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang http://sprhin.water.gov.my atau secara manual melalui http://h2o.water.gov.my;

ii.       Bagi data geospatial, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang http://spdg.water.gov.my/spd/login ;

iii.      Selain daripada data hidrologi dan data geospatial, pemohonan hendaklah dibuat secara rasmi melalui suratrasmi atau email kepada Pengarah Bahagian Korporat JPS Malaysia.

i. Permohon hendaklah mengisi borang-borang seperti berikut:-

a. Borang Permohonan Data

b. Borang Perakuan

c. Borang PPNM 1(Untuk permohonan data

G.I.S)

ii. Permohon juga perlu mengemukakan dokumen berikut kepada JPS:-.

a. Salinan kad pengenalan / salinan passport

b. Borang-borang berkaitan yang telah lengkap

diisi

c. Ringkasan kajian laporan, tesis dan lain-lain

(Pengenalan, Objektif, skop kajian,

metodologi dan lain-lain)

d. Surat wakil dan salinan kad pengenalan /

salinan passport wakil mengambil data

(Sekiranya berkaitan)

e. Surat lantikan dari Kerajaan untuk projek

kerajaan (Sekiranya berkaitan)


iii. Sebarang penambahan maklumat yang

dikemukakan kepada JPS dianggap

permohonan baru.

iv. Pemohon akan dihubungi sekiranya maklumat

dan data siap diproses sepenuhnya oleh

Jabatan ini.

v. Maklumat dan data yang mendapat kelulusan

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) sahaja akan

diserah kepada pemohon

vi. Maklumat dan data yang siap diproses tidak

akan diposkan kepada pemohon. Maklumat

dan data tersebut akan diserahkan melalui

serahan tangan atau email (sekiranya data

tersebut bersaiz kecil)

Ya, permohonan boleh ditolak disebabkan seperti perkara berikut:-

i. Borang dan dokumen yang dikemukakan tidak lengkap.

ii. Maklumbalas dari pemohon lewat dikemukakan kepada JPS (melebihi 7 hari berkerja)

iii. Maklumat dan data yang dimohon adalah maklumat sulit dan terhad

iv. Maklumat permohonan mengelirukan

v. Maklumat dan data tiada dalam simpanan JPS

vi. Permohonan maklumat dan data bagi tujuan kepentingan pihak tertentu

vii. Individu, syarikat dan universiti telah disenarai hitam oleh JPS sebelum ini

viii. Borang perakauan tidak ditandatangani dan dicop oleh orang yang berkelayakkan

ix. Pemohon tidak menghantar salinan kajian, laporan atau tesis dan sebagainya berdasarkan maklumat data yang diperolehi di JPS selepas siap kajian laporan dan sebagainya sebelum ini

Ya boleh, sekiranya permohonan yang terdahulu ditolak disebabkan oleh:-

i. Borang dan dokumen yang dihantar tidak lengkap serta dokumen

ii. Maklumbalas dari pemohon lewat dikemukakan kepada JPS (melebihi 7 hari berkerja)

i. Pemohon tidak dibenarkan menggunapakai data yang diperolehi untuk tujuan selain dari tujuan asal seperti mana permohonan yang dibuat kepada JPS.

ii. Permohon juga tidak dibenarkan berkongsi data dengan individu dan pihak lain.

iii. Pemohon boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya pemohon melanggar Akta Rasmi Rahsia Kerajaan 1972

iv. Pemohon hendaklah menghantar salinan kajian, laporan atau tesis dan sebagainya berdasarkan maklumat data yang diperolehi di JPS selepas siap kajian laporan dan sebagainya

v. JPS berhak untuk meminta pemohon untuk membuat pembentangan ke atas hasil kajian, laporan, tesis dan sebagainya berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi daripada JPS.

vi. JPS berhak tidak membekalkan keseluruhan data yang dimohon

vii. Pemohon dikehendaki menghantar status terkini hasil kajian, laporan atau tesis dan sebagainya berdasarkan maklumat data yang diperolehi di JPS terdahulu sebelum permohonan baru dikemukakan ke JPS.

Mekanikal Dan Elektrikal

Peranan pintu kawalan air pasang surut adalah untuk mengawal menghalang air masin (air laut) masuk kawasan hulu sungai yang kadang-kala mengalir sehingga 10 kilometer bergantung paras air sungai sesuatu kawasan dan ini akan menjejaskan penggunaan air bagi sektor pertanian. Selain itu, pintu kawalan air pasang surut juga berperanan untuk mengawal mengalirkan lebihan air yang boleh menyebabkan banjir disekitar kawasan yang terlibat terus ke laut.

Operasi pintu kawalan air pasang surut boleh dilaksanakan dengan beberapa cara. Berikut adalah beberapa operasi yang dilaksanakan di JPS :-

 

i. Manual (hand wheel)

Menggunakan kudrat manusia di mana operator perlu memusingkan ‘hand wheel’ pada ‘gearbox’ dengan tenaganya sendiri untuk membuka dan menutup pintu kawalan air

ii. Semi-Auto (push button)

Di mana operator perlu berada di kawasan pintu kawalan air pasang surut untuk membuka dan menutup pintu kawalan air dengan menekan sius butang tekan (push button switch).

​iii. Automasi

Kawalan pintu air secara automatik dibuat melalui program yang telah ditetapkan.

iv.Supervisory Control And Data Acquisition (SCADA)

Kawalan pintu air secara automasi dan secara ‘remote’ dari jarak jauh dibuat melalui program yang telah ditetapkan.

Peranan pintu kawalan air dwi fungsi ialah mengawal paras air bagi kedua-dua sistem pengairan untuk pertanian dan saliran untuk banjir.

Bagi fungsi pengairan untuk pertanian, pintu kawalan ditutup untuk menyimpan air terutama pada musim kemarau dan dibuka untuk melepaskan air bagi mengairi tanaman mengikut keperluan. Manakala, bagi fungsi saliran untuk banjir, pintu air dibuka untuk melepaskan air ke bahagian downstream. Sekiranya air  di bahagian laut (downstream) tinggi, pintu kawalan ditutup bagi menahan air masuk ke kawasan upstream.

Rumah Pam Saliran berperanan untuk memindahkan air di kawasan upstream ke kawasan downstream bagi mengelakkan banjir sekiranya air berada pada paras banjir (flood level).

Rumah pam saliran akan beroperasi secara automatik apabila paras air dalam kolam takungan atau tadahan telah mencapai paras yang ditetapkan.

Menyediakan pam berkapasiti yang sesuai berdasarkan keluasan tanaman di sesuatu tempat. Pam akan beroperasi untuk membekalkan air mengikut kehendak mengikut pertanian di sesuatu tempat.

Rumah Pam Pengairan akan beroperasi untuk membekalkan air mengikut kehendak mengikut pertanian di sesuatu tempat secara manual dan bermusim.

Kebiasaannya pam bergerak akan dipasang apabila berlaku banjir. Namun demikian di tempat kerap berlaku banjir, pam bergerak akan dipasang secara tetap untuk jangkamasa yang Panjang bagi mengurangkan impak banjir.

Saliran Mesra Alam

MSMA merupakan satu manual/garis panduan untuk jurutera membuat perancangan infrastruktur saliran bandar melalui konsep kawalan kuantiti dan kualiti di peringkat punca (at source control). Kaedah ini diperkenalkan untuk mencegah bencana banjir kilat, banjir lumpur dan pencemaran sungai.

Dokumen MSMA boleh diperolehi secara percuma dengan muat turun melalui pautan alamat web berikut dibawah;

https://www.water.gov.my/jps/resources/PDF/MSMA2ndEdition_august_2012.pdf

ESCP ialah pelan kawalan hakisan dan kelodak yang dilaksanakan sebelum kerja-kerja tanah dimulakan bertujuan untuk membendung hakisan tanah di tapak pembinaan dan mengawal enapan kelodak ke sungai - sungai dan badan air.

ESCP disyaratkan wajib kepada semua kerja-kerja tanah yang melebihi 1 hektar. Bagi projek –projek yang tertakluk kepada Environmental Impact Assessment (EIA), ESCP hendaklah di sediakan Jurutera Profesional dengan perakuan amalan (PEPC) dan Certified Professional in Erosion and Sediment Control (CPESC) atau setaraf.

Adalah dicadangkan pembinaan struktur kawalan kuantiti bagi pengurusan air larian hujan adalah seperti di bawah;

 

i. Keluasan Pembangunan < 1 hektar – Individual On Site Detention Pond (OSD)

ii. Keluasan Pembangunan 1 - 5 hektar - On Site Detention Pond (OSD)

iii. Keluasan Pembangunan 5 - 10 hektar – Kolam takungan kering

iv. Keluasan Pembangunan > 10 hektar – kolam takungan basah

BMPs yang di syorkan dalam MSMA bagi kawalan kualiti selepas pembangunan di siapkan ialah strukur perangkap sampah, bioretention, swale, wetland dan kolam takungan.

Rekabentuk kapasiti keperluan takungan bagi kolam takungan banjir adalah mengambil kira sebagai sistem saliran major iaitu dengan 100 tahun ARI.

Semua BMPs untuk kawalan kelodak hendaklah direkabentuk untuk memerangkap 90% kelodak yang di keluarkan dari tapak bina. Kolam perangkap kelodak hendaklah di rekabentuk dengan 10 tahun ARI dengan kapasiti takungan seperti Jadual 10 MS 2526-12:2014 Part 12 Erosion and Sediment Control.

RWH adalah pengumpulan hujan daripada bumbung bangunan atau struktur lain yang dibina khas untuk  tujuan tersebut. Antara faedah-faedah penuaian air hujan adalah:

 

i.       Memanfaatkan kegunaan sumber air ke arah pembangunan mampan terutama di kawasan bandar.Sistem ini boleh diaplikasikan untuk kegunaan domestik, industri, komersial dan pertanian.

ii.       Sumber air alternatif bagi kegunaan selain minuman seperti tandas dan kebakaran, pada masa    yang dapat mengurangkan bil air terawat.

iii.       Menambah baik pengurusan sungai dengan mengurangkan kadar alir ke sistem saliran dan seterusnya mengurangkan kadar hakisan.

Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) adalah satu pelan induk saliran untuk sesebuah kawasan yang mengandungi analisa bagi sitem saliran dengan mengambilkira guna tanah sediada dan masa hadapan. PISMA mengandungi pelan idnuk saliran bagi kawalan kuantiti dan kualiti bagi pengurusan air larian hujan. PISMA juga menganduni cadangan penyelesaian masalah banjir kilat dan pencemaran air larian hujan.

Penyelenggaraan On Site Detention dan Kolam Takungan adalah dibawah samaada JPS atau PBT bergantung kepada penentuan Kerajaan negeri.

Ukur Bahan Dan Perolehan

Bagi syarikat-syarikat yang berminat memasuki tender/sebutharga kerja JPS hendaklah memastikan telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia / CIDB dan memperoleh sijil Perakuan Pendaftaran Kontrak (PPK) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkenaan serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sekiranya berkenaan. Syarikat juga hendaklah memastikan sijil-sijil pendaftaran berkenaan masih berkuatkuasa.

 

Di antara pengkhususan yang lazim diperlukan di dalam kerja perparitan dan saliran ialah CE21, CE06 dan CE40. Pihak syarikat boleh menyemak iklan tender di laman web MyProcurement - https://myprocurement.treasury.gov.my/ dan laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - https://www.water.gov.my/.

Pengurusan Banjir

Banjir kilat didefinisikan sebagai kenaikan paras air secara mendadak disebabkan oleh keamatan hujan yang tinggi dan berlaku banjir dalam masa yang singkat.

Jangka Pendek : Melaksanakan kerja-kerja membersihkan saliran di kawasan yang tersumbat

 

Jangka Panjang : Melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bagi mengurangkan masalah banjir.

Maklumat dan pemantauan amaran hujan serta aras air semasa boleh diperolehi melalui capaian http://publicinfobanjir.water.gov.my

Peta Hazard Banjir merupakan satu peta yang telah dihasilkan menggunakan permodelan hidrodinamik yang menunjukkan keluasan dan kedalaman banjir berdasarkan kepada tempoh ulangan (ARI) tertentu. Dalam konteks JPS, peta ini juga merupakan sumber utama dalam menilai dan menterjemah risiko banjir dalam merangka dasar dan strategi pelaksanaan pembangunan dan pengurusan banjir termasuklah mengenalpasti lokasi potensi projek tebatan banjir; mengenalpasti lokasi dan kawasan banjir yang berlaku di seluruh negara; anggaran kesan dan penilaian kerosakan banjir; memberi kesedaran dan kesiapsiagaan penduduk bagi menghadapi risiko banjir dan dengan itu akan mengurangkan kerugian akibat banjir; dan penilaian pemilihan pusat pemindahan mangsa banjir.

Kegunaan Peta Hazard Banjir adalah bagi tujuan seperti berikut: -

 

i.       Perancangan struktur-struktur tebatan banjir

ii.       Analisa peta hazard banjir dengan mengintegrasikan maklumat Jabatan Perangkaan bagi memperolehi bilangan penduduk yang terlibat dengan banjir

iii.       Jabatan Perancang Bandar dan Desa memerlukan peta hazard banjir bagi membantu perancangan penyediaan pelan pembangunan melalui Rancangan Struktur Negara

iv.       Penyediaan Peta Pemindahan Banjir

v.       Penyediaan Peta Indeks Insurans Banjir

vi.       Penyediaan Peta Risiko Banjir

Projek RTB melaksanakan projek-projek tebatan banjir sebagai langkah dan usaha JPS dalam mengurangkan risiko banjir kepada penduduk.

Tebatan banjir merupakan kaedah mengatasi banjir akibat limpahan air sungai dan saliran bandar pula bagi mengatasi banjir kilat di kawasan banjir bandar.

Pengurusan Lembangan Sungai

Garispanduan yang digunapakai bagi permohonan perlombongan pasir sungai ialah Garis Panduan Pengambilan Pasir Sungai Pindaan Tahun 2012.

Garis panduan yang digunapakai bagi sebarang permohonan pembangunan melibatkan sungai ialah Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai.

i.      Kerja-kerja pengorekan termasuklah membuang kelodak, mendalamkan, membuang segala halangan, sampah, sisa pepejal, pokok dan sebagainya di dalam sungai.

ii.      Pemotongan rumput dan pembersihan tebing;

iii.      Kerja-kerja menstabilkan tebing sungai;

iv.      Penyelenggaraan aset tak alih.

Orang awam boleh membuat memohon menggunakan rezab sungai bagi tujuan pertanian dengan mengemukakan surat permohonan beserta lokasi kepada Pejabat Daerah dan Tanah. Keputusan samada lulus atau tidak adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah. Walaubagaimana pun permohonan untuk menanam tanaman jangka panjang dan membuat binaan kekal adalah tidak dibenarkan.

Boleh. Dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak JPS terlebih dahulu.

Boleh. Dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak JPS terlebih dahulu.

Tidak. Penguatkuasaan Undang-undang bagi pencemaran sungai adalah di bawah agensi penguatkuasaan yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan Pejabat Tanah dan Galian.

Boleh. Walaubagaimanapun, sekiranya pengeluaran pasir bertujuan untuk komersial hendaklah membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Galian serta Pihak Berkuasa Negeri.

Lebar rezab sungai yang diperlukan oleh pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS) semasa sesuatu permohonan sesebuah lot dikemukakan adalah bergantung kepada lebar sungai sediada.

 

Ya. Semua penyelenggaraan sungai adalah dibawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri.

 

Kawasan rezab sungai amatlah penting kepada pihak JPS bagi tujuan :

 

i.       Dataran banjir (kawalan hakisan dan membenarkan pembentukan liku sungai); dan

ii.       Keperluan penyelenggaraan sungai serta zon penimbal bagi pembiakan flora dan fauna.

Hidrologi

Data hidrologi yang dibekalkan adalah data hujan, aras air, sejatan, enapan ampai, kadaralir sungai dan kualiti air.

Secara umumnya, Jabatan ini boleh mengenakan caj bagi permohonan data hidrologi kecuali bagi kegunaan projek-projek kerajaan, penyelidikan serta akademik. Caj yang dikenakan untuk projek-projek swasta adalah berdasarkan Ordinan Bayaran (Fees Order 1966) seperti dalam jadual dibawah.

Pembayaran bagi data hidrologi boleh dibuat menggunakan  Wang Pos, Kiriman Wang (Money Order), Bank Draf atau CIMB Clicks. Bayaran hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah JPS Malaysia bagi tujuan Data Hidrologi.

 

eBayar untuk permohonan data hidrologi hanya untuk pemegang akaun Bank CIMB sahaja. Tatacara melalui perbankan Internet adalah seperti berikut:


1. Daftar masuk CIMB Click akaun peribadi
2. Klik pada Pay Bills pada menu sebelah kiri
3. Pilih Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia bagi PAY IN LIST
4. Masukkan :
* Nama
* No Syarikat / IC NO * Jumlah (RM)
5. Klik CONFIRM untuk menghantar permohonan anda
6. Klik PRINT untuk mencetak resit
7. Resit diperlukan untuk bukti pembayaran

Seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Tetap Operasi Kemarau yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara, JPS bertanggungjawab untuk melaporkan status kadaralir sungai dan storan empangan.

Laporan status storan empangan dan kadaralir sungai semasa boleh dicapai melalui laman web Infokemarau di alamat www.infokemarau.water.gov.my. JPS juga menyediakan maklumat berkaitan amaran kemarau untuk tempoh 14 hari dan ramalan kemarau untuk tempuh 2 bulan bagi lembangan-lembangan sungai terpilih yang boleh dicapai di www.nawabs.water.gov.my.

Terdapat 2 cara untuk mengambil data hujan iaitu :

 

i.       Manual (Logger): Data dikutip secara manual oleh kakitangan JPS Negeri. Data-data ini akan disemak sebelum diarkibkan ke dalam pengakalan data.

ii.       Sistem Telemetri: Data dicerap dan dihantar secara data nyata dan atas talian. Data-data ini digunakan untuk membuat pemantauan, ramalan dan amaran banjir dan disimpan di pengkalan data sektor awam.

Data Hidrologi digunakan untuk kegunaan seperti berikut:-

 

i.       Rekabentuk fasiliti kejuruteraan awam (cth: jalanraya, jambatan, empangan, bangunan, terowong, stesen janakuasa elektrik, sistem pengairan, tebatan banjir dan lain-lain.)

ii.       Kajian (cth: Universiti, Perunding, Pelajar dan lain-lain)

iii.       Ramalan dan amaran banjir

iv.       Ramalan dan amaran kemarau

v.       Arkib data hidrologi negara

i.       Membangunkan sistem yang berupaya meramal kejadian banjir monsun seawal 7 hari berdasarkan data ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

ii.       Meningkatkan keupayaan sistem amaran dan hebahan banjir monsun dari 6 jam kepada seawal 2 hari kepada agensi berkepentingan dan penduduk yang terlibat dengan banjir.

iii.       Meningkatkan ketepatan ramalan banjir dengan mengurangkan perbezaan data ramalan dan data sebenar aras air lebih 1 meter kepada kurang 0.5 meter.

Pengairan

Boleh. Dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak JPS terlebih dahulu.

Kekerapan kerja penggalian parit pertanian milik JPS kebiasaannya dibuat secara berkala pada setiap 3 hingga 5 tahun sekali. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada keadaan semasa dan juga peruntukan kewangan.

Tidak boleh. Walaubagaimanapun, sekiranya sebarang pembinaan hendak dibuat boleh mengemukakan permohonan dan mendapat kebenaran secara bertulis daripada pihak JPS dan pihak berkuasa yang berkaitan.

Boleh. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan kepada JPS dan jalan tersebut hendaklah dibina mengikut spesifikasi JPS/JKR.

Pantai

Panjang garis pantai yang mengalami hakisan di seluruh Malaysia ialah 1347.6 km. Hakisan tersebut terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

 

Kategori 1 : Kritikal (hakisan melebihi 4m setahun) = 55.4 km

Kategori 2 : Ketara (hakisan antara 1m hingga 4m setahun) = 375.9 km

Kategori 3 : Belum serius (hakisan kurang dari 1m setahun) = 916.3 km

Had anjakan pembangunan di kawasan pantai berdasarkan National Coastal Erosion Study (NCES) 2015 ialah :

 

i.  Kawasan pantai yang mengalami hakisan kategori 1 = 60m dari Mean High Water Spring (MHWS)/Garisan Air Pasang Perbani

ii.   Kawasan pantai yang mengalami hakisan kategori 2 = 30m dari Mean High Water Spring (MHWS)/Garisan Air Pasang Perbani

iii.    Kawasan pantai yang mengalami hakisan kategori 3 = 20m dari Mean High Water Spring (MHWS)/Garisan Air Pasang Perbani

iv.   Kawasan pantai yang mempunyai hutan paya bakau = 400m dari hujung hutan paya bakau yang laut (Pembangunan tidak dibenarkan sekiranya kawasan hutan paya bakau tersebut telah digazet sebagai rizab hutan kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984)

Secara amnya aktiviti perlombongan pasir tidak dibenarkan di kawasan yang terletak kurang dari 1.5 km diukur dari “Mean Low Water Line” atau 10 m kedalaman air diukur dari “Lowest Astronomical Tide” yang mana lebih jauh dari garisan pantai.

Khidmat Pengurusan

Permohonan boleh dikemukakan secara bersurat kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia atau emel kepada uruspsm@water.gov.my.

Aduan

Masalah berkaitan bekalan air paip adalah di uruskan oleh Bahagian Bekalan Air WP Labuan (BBA).

Aduan disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan pindaan 193 (Akta A867) menyatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah membina dan menyelenggara parit dan alur air.

Aduan mengenai pencemaran sungai boleh dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pihak JPS bertanggungjawab membuat penyelenggaraan ke atas sungai-sungai secara berkala.

Sebarang aduan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di capaian https://water.spab.gov.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do atau menghubungi terus di talian JPS: 03-2616 1500