𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗪𝗔𝗧𝗘𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝟮𝟮-𝟮𝟯 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 |𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗜𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡, 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔 - Majlis Perasmian Malaysia Water Forum 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Forum selama dua hari ini turut telah dihadiri oleh Pengarah JPS WP Labuan. Pelaksanaannya juga bertujuan memperkasa kerjasama antara sektor awam, swasta, akademia dan masyarakat, sejajar dengan seruan World Water Forum supaya diplomasi air dan tadbir urus berlandaskan kerjasama pelbagai pihak dapat diperkukuh.